Sep 30, 2014

Pegaga kampung

Pertama kali tanam pegaga, untuk bekalan ulam dikebun sejemput. Nampak segar dimusim kerap hujan.

Selain dibuat ulam, kerabu pun sedap. Sekali sekala goreng dengan udang pun ok juga. Gambar pegaga yang ditanam ni dah selamat dijuskan, tak sempat snap..

Ada berjenis-jenis pegaga, antaranya pegaga gajah yang daunnya bulat dan hidup dalam air dan pegaga kerinting (hujung daun berliku kasar).


Pegaga gajah tak pernah lagi dibuat ulam sebab nampak macam pokok hiasan, lagi pun ada yang kata tak boleh makan, ada yang kata boleh. Jalan selamat saya hanya makan pegaga kampung sahaja.


dah mula menjalar

 
Antara khasiat pegaga adalah dari: sumber

 
- penawar alahan
- merawat asthma dan sesak nafas
- merawat jangkitan paru-paru
- merawat kegusaran dan kegigilan
- anti kanser
- melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang
- penawar batu karang
- penawar kencing berdarah
- penawar ulser
- merangsang peredaran darah
- merawat cirit birit dan gastrik
- menurunkan tekanan darah

Bercadang nak memertabatkan pegaga kedalam polisterin atau pasu...biar nampak bersih dan bersemangat nak buat ulam...



11 comments:

Ibu Qistina said...

Assalam Sud@is,

saya pun tak makan pegaga hiasan, mcm tak confident nak makan. hehe...kalo pegaga kampung yang bergigi tu saya makan. Kalo rajin makan pegaga confirm sihat selalu jauh dari penyakit. :D

ctpayong said...

assalam sud@is
malaysia memang kaya dengan bahan2 alami. ulaman dan ubatan herb.

kakCT dah ada cekor, daun kesum, ulam raja. semua tanam dalam polystrin

cucubulat said...

elok tanam banyak2 boleh buat jus hari2,,awet muda!

Normala Saad said...

Kat rumah kak dah habis pegaga di bedal siput...biasanya kak selalu tanam walau jarang makan.

ummi aqilah (LM) said...

Salam.. Pengaga gajah tu bau dan rasa lain kan? Tp mmg blh mkn dan byk kedai jual buat ulam. Lebar2..

LM mmg x reti mkn ulam pengaga. Pandang je la.. Tp urap mkn la jugak. Biasanya mmg beli pengaga kampung. Pengaga air tu buat lawa laman boleh la

Miss Sasu said...

sedapkan buat ulam.

salam perkenalan, jemput keblog saya ye

kakyon said...

cadangan Sud@is nak martabatkan pegaga kampung tuu bagus sangat.ky pun tak lalu nak makan pegaga yg di jual dipasar..rasa geli pulak ntah diambil di kawasan mana. kalau tanam sendiri dalam pasu atau kotak polystrin..lalu juga nak mkn..

Hanis Azla said...

As-salam sud@is..

saya suka pegaga.. tapi kalau nak makan kena beli he..he.. yang ni tanam sendiri.. boleh main petik2 aje klu nak makan.. bestnya..

Erika Castillo said...

pegaga mmg banyak khasiat..buat ulam pun sedap..hihi..follow blog ni..keep in touch ^^

@na said...

haah..sud@is ada pegaga kampung? Best2, nak mengendeng blh...kami punya hancusss...dikerjakan siput bab*
geram betui..tk leh nmpk pokok subur sikit...cabaran2!!!

Kesuma Angsana said...

KA mmg suka ulam pegaga ni terbaik !