Sep 3, 2014

Pisang renek ditanam di kawasan perumahan

Padat setandan, lebat seperti pokok pisang biasa.....(curi snap disebuah taman didaerah ini)

Tandannya boleh dipegang....memang renek, kalau ada benih best juga ni.....

nampak macam pisang nangka..


Pisang dan kesihatan (copy dari wikipedia)

Pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu:
  1. Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  2. Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
  3. Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  4. Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  5. Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  6. Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.
Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)


Moga ada manafaat bersama....



15 comments:

cucubulat said...

Wah seronoknya,,buahnya rapat sampai ke tanah..pisang memang banyak khasiat kan,,tp sy mmg x pandai nak cam jenis2 pisang berdasarkan pokoknya.

LiNa_Pg said...

Sesuai ngan namanya mmg rendah/renek pokok pisang tu..tp buahnya tetap besar dan cantik..xsusah tuan punya nk tebang pkk..terus potong tandan pisang tu hehe

Normala Saad said...

Pisang ni bila berbuah sampai ketanah tandannya. Bila masak bau harum. Seakan-akan pisang bunga/embun. Buat cokodok pun sedap.
Kak tempat kak orang panggil pisang kapal.

Kakzakie Purvit said...

Keluarga kakak panggil ni pisang serendah. Rumah bapak kakak ada. Kalau dah masak pun kulit dia hijau juga Su. Buat kek atau kuih sedap sebab bau dia wangi.

Tapi kakak makan macam tu aje, sedap juga. Sebab kakak memang suka pisang:)

Lydia Miza said...

Pisang serendah. Memang rendah je pokoknya. Tp x blh goreng. Jenuh nak buat cekodok dan kek klu setandan tu. kena agih ke jiran2. Kami x tanam lagi pisang jenis ni

@na said...

sud@is, jom kita pi bedek tuan rumah tu...mintak ank pokok pisang ni...hehehe...

Wak Lat said...

Salam. Hee pokok pisang yang renek itu.

tehr said...

lebat betul buah pisang
penuh setandan
tak padan dengan pokok renek kemetot

mai has said...

subhanaaAllah...cantik pokok pisang tu.bole jadik pokok hiasan juga...

Ibu Qistina said...

Kecik je pokoknye tapi berbuah membuak2......nak potong tandan senang,nak petik ambik buah apetah lagi senang. syok pulak tgk. :D

TukangKebun said...

Memang syok tengok jenis rendah ni. Tapi kekadang dekat kebun berat buahnya patah pokok.

Ummu Madihah said...

Salam Sud@is,

Boleh turunkan kolesterol ya pisang ni! Menarik info ni utk Mak Aji manfaatkan! T kasih.

kakrose said...

Best ada pokok pisang rendah..selain buat hiasan buah pun boleh makan..

kakrose said...

Best ada pokok pisang rendah..selain buat hiasan buah pun boleh makan..

Mohamed Ali said...


Benih beli kakTkasih