Sep 1, 2014

Sirap fresh dari kebun..

Selamat ulang tahun hari kemerdekaan Malaysia yang ke 57..

Selamat bersambung cuti pada yang bercuti pada hari Ahad dan selamat kembali bertugas pada kawan-kawan di Kedah Kelantan dan Johor....

Jalan pun masih lengang, mungkin masih ramai lagi yang bercuti..

Hari cuti sempat lah tengok-tengok kebun, cabut rumput, belai-belai pokok..yang ada kat kebun buat masa ni roselle dan telang sahaja....yang lain,  hidup biasa-biasa jaa,...

Hari ini cuaca cerah
nampak tenang diwaktu pagi
sirap biru sirap merah
sekali minum nak lagi........


pantun budak sekolah......


sirap roselle dan telang


Lama dah teringin nak buat magic sirap telang sejak dok melawat kebun kawan-kawan......kali ni baru tercapai hajat.......tudiaaaa...







13 comments:

Unknown said...

seronok dpt jus fresh dr pokok..saya pn dpt dpt tuai roselle..telang teringin nk tnm tp tkt bergaduh dgn jiran lak..nk kn cari jala dlu br blh tnm..

kakrose said...

sirap pepel tu campuran telang dan rossele ke Sud@is. nmpk menarik..rasanya camne ekk?

@na said...

hehehe dah pandai buat sirap magic...tahniah!!
seronok tgk - colorful & berkhasiat

Kamsiah yusoff said...

dah lama teringin nak menikmati sirap bunga telang tu..tak tercapai lagi hajat..

Normala Saad said...

Bagus tu,,jus segar dari ladang.

makchaq said...

Ingatkan makchaq sorang yg pernah buat sirap biru bunga telang n sirap purple tu... rupanya ada orang lain jugak buat sirap sama..
Sedihnya la ni hanya tinggai pokok kari, lengkuas, pandan & limau purut ja kat rumah ni... entah bila nak mula bertani balik...

cucubulat said...

sedapnya!..biru dan merah 2-2 membuatkan sy terliur,,rasa sejuk tekak jer,,yg purple tu campur rossele ke perahan limau en/pn sud@is?

tehr said...

wah terbaik la
macam2 warna ada

sud@is said...

Ct Mar
Kenapa jala? tak bagi pokok menjalar kerumah jiran ke?..gud idea mana tau jiran tak suka kan...

Saya tak boleh lawat anda sbb tak ada link web/blog..

kakyon
sirap pepel tu campuran perahan limau nipis..rasanya telang perasa limau.....ok juga..rasa fresh ja mulut kalau selepas minum...boleh cuba kakyon..

@na
hehe baru try.. org lain dah lapuk..sirap jalur gemilang tu ana...

❤Kamsiah❤
boleh cuba tanam senang tumbuh dan cepat biak, bunganya bercambah....

Normala Saad
Baru dapat merasa jus segar dari ladang....

makchaq
Tercapai dah hajat nak buat sirap purple..teruja...mula2 tengok macam water color....

cucubulat
Perahan limau,, mungkin kalau campur kedua2 color tu boleh jadi purple kot.....belum try lagi.....

teh ramuan
ingat nak buat sirap pewarna pelangi plak...7 color....

paridah said...

salam pagi...sedapnya sirap magic.

Lydia Miza said...

Ooo blh buat air ke telang tu. baru LM tau, ingatkan utk nasik kerabu je

Ibu Qistina said...

wow...tumpang syok tgk. :D

TukangKebun said...

Syok betul siap ada pantun hehehe