Oct 16, 2014

Jangan buang kuning telur

Telur telah mendapat reputasi yang buruk selama ini, tetapi penyelidikan oleh ahli sains dan pakar pemakanan mendapati telur mempunyai khasiat yang besar kepada kesihatan .
sumber http://authoritynutrition.com

Sebelum tahu hebatnya khasiat telur, terutama telur merah, selalunya saya bila makan diluar, makanan yang ada sebiji telor seperti laksa dan mi rebus, telur merah tidak dimakan kerana kefahaman yang salah iaitu telur merah punca kepada kolestrol tinggi.

Rupanya telur,

Mengurangkan risiko serangan penyakit jantung dan strok

Mengurangkan risiko buta
Membina sel membran dan molikul otak
Mengurangkan risiko katarak.
Mengandung protin kualiti tinggi dan kaya dengan asid amino.

Apa pun telur ayam kampung adalah yang terbaik yang kaya dengan Omega-3.  Tapi nak dapat bekalan telur ayam kampung sekarang ni agak susah.

Biasanya telur ayam yang kita dapati hari ini dari ayam yang diternak di kilang-kilang, di dalam sangkar dan diberi makan makanan berasaskan bijirin yang mengubah komposisi nutrien telur. 

 




Telur mudah dan cepat dimasak, hampir kebanyakan kanak-kanak malah orang dewasa pun sukakan telur, telur dadar dan mata kerbau yang meveles.....


sumber: http://authoritynutrition.com    


24 comments:

Acik Erna said...

kalau goreng mata tu acik selalu gak buang telur kuning tu..tapi kalau rebus acik makan semua

LiNa_Pg said...

Anak2 saya tak makan kuning telur (yg direbus) kalau yg goreng makan pulak..mama depa la yg kena abeskan..
Bagus info ni

@na said...

saya antara penggemar telur merah...sedap! selama ni saya cukup heran nape la org tk mkn telur merah...mcm rugi sesngt...
hehehe
thanx 4de info

Honey said...

Salam Sudais,

Tapiiiii telur kuning penyumbang peratusan koresterol yang tertinggi :( Mungkin kena makan jarang-jarang lah, at least makan untuk jaga jantung hihihi

TukangKebun said...

Dekat Malaysia ini kan biasa telur yang dijual kulit luarnya berwarna merah.
Masa merantau student di Jepun dulu tak sangka telur yang biasa dijual kulit luarnya berwarna putih macam telur itik tapi saiz kecil. Barulah tahu jenis-jenis ayam yang ada pelbagai di dunia ini menghasilkan bentuk telur dan warna yang berbeza.
Syukur Alhamdulillah minggu ini kami banyak dapat kutip telur dari kebun sendiri.
Pakar pemakanan kanak-kanak dulu yang kami selalu jumpa untuk anak no. 2 tu kata untuk budak-budak berumur 5 tahun ke bawah. Tak kisah isi putih boleh makan berapa banyak. Yang kuning telur dalam seminggu elok jangan lebih 8.

Kakzakie said...

Kakak kalau telur dadar memanglah suka tapi kalau yg rebus tu samalah memang bagi kat kucing yg kuningnya. Kakak bukan sebab takut kolesterol memang dari kecik rasa kalau makan tu tersekat kat tekak hihi... yg kelakar anak kakak ikut macam kakak juga tau.

Bila baca N3 Su ni haa... kenalah belajar makan sikit-sikit:)

AMIIZAA said...

sud,
anak2 mieja hari2 suka makan telor....:):)

paridah said...

silap faham tentang makanan ya..kuning telor kan sedap rugi dibuang2...

Tarique Syahman said...

Saya memang dari kecil suka makan telur..kuning telur tu memang favourite..tambah-tambah kalau telur itik kampung..perfff...

EmbunRosaliza said...

Assalam, anak2 semua suka kuning telur dari putih tlor. follow sini

Ummu Madihah said...

Salam Sud@is,

Mak Aji memang dok ingat telur merah boleh menyumbang kpd kolesterol tinggi - dalam kes Mak Aji memang tinggi dan makan ubat utk kawalnya. Kalau gitu bolehlah makan, guilt-free! Mak Aji suka telur merah, seperti juga Tarique, memang suka sgt telur itik (masak lemak kuning telur itik, mmmm!!)

Diana Rashid said...

OOoo..rupanya ada ye orang makan telur buang kuning nye..kalau saya kuning nya la yang saya makan..tapi telur ni jarang saya makan hari2..kalau beli pun time2 buat laksa ..atau anak2 teringin nak makan kek

teh ramuan said...

aku ni
hanya kulit telur dan telur busuk je yang aku tak makan

kalau telur masin, yang kunig tu la yang sedap

padin no said...

hehee kalau telur mata kerbau atau telur rebus, aku asingkan kuning telur, xsuka....

Bunda a.k.a KN said...

Bunda makan jer...cuma kalau goreng yang setengah masak bunda kurang gemar...anak2 bunda suka...

Tihara said...

saya paling suka telur
saya suka buat masak tumis kunyit..sedapp :)

nadia rashid said...

Sy telur kuning la yg plg disukai...kalau mkn mee Kari sy suka mkn dgn telur kuning banyak2

ummi aqilah (LM) said...

LM paling suka kuning telo. Hehehe

Sehari 6 bijik pun blh habis masa diet atkins aritu.

insan marhaen said...

kawan IM yang bercita-cita nak jadi body builder cuma makan putih telur.

Kuning telor selalunya bagi kat blogger Jendela hatiku.

Gee Lion said...

kuning telor la sedap.
kalau dah abes, nasi lemak pun tak lalu makan.. @@
p/s : nampak agak samseng anak ayam tu pijak telur sendiri.. huhu..

❤Kamsiah❤ said...

rupanya salah faham la selama ni..selalunya tak makan kuning telur...

Etuza Etuza said...



bagus info..tidak dijadikan sesuatu itu melainkan allah beri hikmah ada tujuan..demikian telur kuning ..tu

Petak Bunga said...

Kulit telur kaya dgn kalsium..
Boleh buat baja pokok

kakyon said...

betullah apa yang di katakan..
en suami yg suka mkn telor tiada kolestrol, ky yg tak suka mkn telor sangat tinggi kolestrolnya..