Oct 9, 2014

Ros jepun-ehsan bandaran

Semangat berbunga-bunga semasa menanam ros jepun yang agak layu kedalam pasu. Ros jepun ni sepakej dengan pokok bunga-ehsan bandaran dalam entry yang lalu.

Pokok ni senang hidup nampaknya, dah mesra akar dengan tanah.. kebetulan hari cuti snap pic ni....



Marygold pulak macam nak mati, wpun banyak putiknya..tapi dah mula hitam, betul kata pekerja  bandaran tu..pokok tak tahan lama selepas dicabut.


Yang ni pokok serpihan yang dimesin oleh pemotong rumput dibelakang rumah, dikutip tanam kedalam bekas ni, dah segar dan sudah berbunga sekuntum dua..,

Nama lain ialah pokok kembang 10 pagi, dan ada juga yang panggil pokok jari lipan...(pada daunnya yang tajam tu kot macam jari lipan.)


11 comments:

sudipVSsenduk said...

dah 3 bulan mintak sikit pd kawan pokok ros jepun ni.. sampai kesudah tak dapat lagi.. huhuhu

Honey said...

Sudais,

Marigold tu sama tak dengan bunga tahi ayam?

Lydia Miza said...

LM berangan nk beli rose jepun tapi risau x berbunga je klu smpi ke tgn LM nnt

nadia rashid said...

Kalau sy kt sini ehsan jiran2...suka kan dgn RJ mudah hidup...tapi bab maintain tu mcm tak reti...kang tiba2 dah tak berbunga

Normala Saad said...

Sebut pasal mesin rumput teringat kejadian dua hari lepas. Ada ke pandainya orang mesin rumput tu..rumput tak dimesin tapi dia potong habis pokok torenia yang baru semai depan homestay. Jelas2 kat situ ada border bata dan kat tempat tu tak ada rumput pun.....hish geram betul..

cucubulat said...

betul Rj mudah hidup.sy pernah tanam dulu tp diserang bena sampai pupus,tak sempat nak pulihkan.skrg teringin nak tanam semula tp tgu masa lapang sikit.

LiNa_Pg said...

Yg last tu sy pggl pokok bunga pukul 10..unik tul kan..hanya mekar kol 10am jer

Mario said...

cantik jugak ek...

Julie22 said...

Cantik & subur bunga moss rose tu:-)

TukangKebun said...

Orang putih panggil portulaca.
Ngam ros jepun ni dengan tangan Sud@is.

@na said...

cantik marygold kunin tu...kami ada yg oren ja...kalau ada seeds mcm nk mengendeng ja