hanya dok tengok melalui tingkap
kerja-kerja di satu tapak projek pembinaan bangunan perniagaan
Bagi kita berat mata memandang
bagi mereka biasa, alah bisa tegal biasa
bagi kita tengok gayat `segheyau' `ketaq lutut'
dan kata kawan saya... `mencacar perot',
bagi mereka kewajipan demi anak isteri
majikan tidak menyediakan topi keselamatan
tiada tali keselamatan bila naik tempat tinggi
bagi mereka no hal nak hidup kena berani
atas dasar kemanusian
kasihan jerih kepayahan dan risiko
yang bakal mereka hadapi.
tapi,
jauh lebih baik dan mulia dari rakyat kita yang tak ada kerja , dok melepak di komplek, merempit dan yang terhina terlibat dengan dadah.
menunggu arahan tugas sambil hisap rokok |
macam tarzan dihayun kren dari satu tiang ketiang |
12 comments:
Aspek keselamatan adalah penting...silap langkah buruk padahnya..kadang2 mereka sudah terlalu biasa dengan keadaan camni..kite lak yg takut/bimbangkan mereka..tp mereka relekkkk jer
Salam. Hee dulu saya pun pernah kerja bertukang bangunan sebegitu di pulau temasek.
memang risiko tinggi ...bahayanya...
sepatutnya blh dijadikan inspirasi utk survival hidup rakyat tempatan...
kdg tu kita ni terlena dalam zon selesa buat kita jadi alpa...
Memang saya sedih bercampur marah tgk aspek keselamtan pekraj binaan di Malaysia ni tak diambil berat..dah byk kali kes kemalangan maut terjadi...Kadangkala salah majikan tak sediakan, kadangkala salah pekerja tu sendiri yg tak pakai helmet bila dah disediakan
Tkde safety sv ke projek ni,,,hmmm,,,, sempat dia amik gmbr ek
Ya betul tu. Kebanyakkan Budak-budak kita sangat-sangat tidak hargai kehidupan mereka sendiri. Ada rezeki halal depan mata tapi masih nak buat kerja tak berfaedah.Pekerja-pekerja kontrak ini kat tempat mereka sendiri nak makan pun susah, Malaysia ni lubuk emas dan rakyatnya pula sangatlah berbaik hati..
Salam Sud@is,
Memang ya, mereka ni memang berani mempertaruh nyawa demi sesuap nasi. Majikan pun satu, mereka ni sepatutnya dilengkapkan dengan peralatan keselamatan - sengaja diabaikan. Dah berlaku kemalangan baru kelam kabut! Kalau di seberang, rumah2 kampung yang agak cantik dan besar berbanding yg lain tu biasanya suami/isterinya kerja di negara oranglah tu, terutama di Malaysia!
sebab tu org dulu2 suka berhijrah n merantau...pabila berada ditempat org tahulah betapa peritnya nk mencari rezeki..sdg anak2 di sini selesa berada dlm kepompong mrk sendiri..
Tidak disediakan keselamatan secukupnya tu maybe sebab depa ni orang luar. Kalau accident pun, takde orang nak tuntut bela. And satu hilang, 1000 lagi berderet tunggu nak masuk. Sebab tu dorang tak kesah. Yg naya pekerja. Cuma tak sangka undang2 perihal keselamatan ni dipandang ringan di Malaysia.
Hurmm..
sanggup merantau untuk mencari..walapun kerja susakan sud@is
Gigih mencari rezeki.
Tapi keselamatan pihak majikan kena safety first sediakan apa yang perlu.
Post a Comment