Kisah berlaku di Jakarta -
JAKARTA 11 Okt. - Seorang paderi
Katolik yang koma selama 17 bulan, mengambil keputusan memeluk agama
Islam selepas terjaga dari keadaan itu selepas mendakwa dia bercakap
dengan Allah dan ditunjukkan keindahan syurga.
Laman web World News Daily Report
melaporkan, Eduardo Vincenzo Maria Gomez (gambar), 87, yang berasal dari
Sepanyol dan sudah menetap serta mengajar agama Kristian di Pulau Jawa
selama 43 tahun, merupakan seorang ahli agama yang sangat dihormati di
kawasan berkenaan.
"Saya tidak tahu apa-apa tentang
Islam, saya juga tidak pernah membaca al-Quran. Apa yang saya ingat,
saya bertemu Allah. Sebelum itu, satu cahaya terang bersinar memancar ke
badan saya sebelum saya dapat melihat pintu syurga yang berwarna
keemas-emasan," kata Gomez kepada Kalimantan Press.
Subhanallah
Jangan kita bersangka-sangka pada yang bukan Islam
jangan kita berasa terlampau selesa dengan kita dilahirkan Islam,
nilai kita pada hari terakhir kita...
mengharapkan sentiasa dijalan yang lurus
dijauhkan dari fitnah dajjal akhir zaman
moga kita berakhir dengan kalimah Lailahaillallah.
Sumber disini
13 comments:
Alhamdulillah bertemu hidayah di penghujung usia.
Alhamdulillah...hidayah telah sampai kepadanya
saya juga diberitahu yg cerita ini tak benar dan direka2 saja... wallahualam...
ASSALAM...HIDAYAH HAK ALLAH KAN..
Alhamdulillah...
hidayah seseorang itu tak dapat nak diduga, sekiranya dah sampai seruan Ilahi maka berhijrahlah dia ke fasa yang lebih baik dan beriman...
Untungnya seorang yang menerima hidayah,
Subhanallah.. insyaAllah Syurga tempatnya.. kita yg Islam ni xth bgmn nsbnye.. huhuhu..
hidayah Allah merupakan satu anugerah lebih berharga yang tidak boleh dinisbah dengan sesuatu apa pun yang bernilai di atas muka bumi ini..
Wallahuallam
Kakak pun dpt WhatApp kisah ini dan memang satu keagungan Allah yg tak boleh dinafikan... beruntungnya dia kan.. kita ni yg Islam dari lahir bagaimana?
hidayah milik allah
moga2 kita sentia ditunjukkan jalan yang lurus
beroleh rahmat selamanya
dunia sampai akhirat
Syukur alhamdulillah...
marilah kita bersangka baik dengan berita ini..semuga kita mendapat hidayah dariNya..
Alhamdulillah.. Hidayah tu kalau Allah nak beri pada siapa pun pasti ia datang..
Post a Comment