Nov 13, 2014

Puting beliung kerap berlaku di Kedah akhir-akhir ini.

Sudah berturut turut angin puting beliung berlaku di wilayah utara khususnya Negeri Kedah. Dalam tempoh sebulan, 4 kejadian angin puting beliung yang mengakibat banyak kemusnahan rumah dan harta.
Yang terbaru kejadian semalam di Kuala Sala dan Kota Sarang Semut. Mengikut kata jiran yang kampungnya juga terlibat, bukan 10 buah rumah yang rosak, malah hampir 50 buah rumah menjadi mangsa puting beliung.

12 November 2014 -Puting beliung landa Kedah lagi -10 buah rumah di Kampung Sungai Nonang, Mukim Tebengau rosak teruk

2 November 2014 - 13 rumah rosak dilanda angin berpusar seakan-akan puting beliung di Taman Wira Mergong di Alor Setar

31 Oktober 2014 - 72 rumah dan satu klinik desa sekitar lima kawasan di Alor Setar rosak dilanda puting beliung

14 Oktober 2014 - 10 rumah kediaman dan sebuah sekolah di Pendang rosak dipukul puting beliung

Apakah sebenarnya petunjuk dan petanda amaran dari Allah untuk manusia renungi dan ambil iktibar?

Apakah sebahagian amaran Allah kerana ketamakan/kerakusan manusia terhadap alam sekitar?



sumber: khairulryezal.blogspot.com - kejadian di Kuala Sala

sumber: pkrl.blogspot.com - kejadian di Pendang


Banyak tanda-tanda perubahan fenomina alam untuk kita renungkan dan muhasabah diri , semakin kerap tanda-tanda kiamat diakhir zaman.

Semoga kita terpelihara dan dilindungi olehNYA.

14 comments:

LiNa_Pg said...

Betul tu sekarang ni byk tul bencana alam yg diturunkan...semoga kite semua selamat dari musibah ni..

❤Kamsiah❤ said...

hari ni dah 2 org blogger buat entri pasal puting beliung ni...sungguh2 menakutkan..

Kakzakie said...

Walau apa pun dikatakan oleh pakar geologist tapi sebagaimana Su katakan kakak setuju yg dunia dah tua Allah bagi peringatan atas apa pun yg terjadi. Jadikan renungan utk mendekatkan diri kita kepadaNya...

AMIIZAA said...

takutnya kak...pendang tu dekat jugak dengan rumah kakak ipar saya....

Julie M said...

Masha Allah, takutnya tengok benda2 mcm ni, semoga kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT.

sudipVSsenduk said...

dulu dengar cerita puting-beliung / angin pusar ni dekat luar negara je. Moga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah.

teh ramuan said...

4 kali dalm tempoh sebulan
macam aaaada yang tak kena

Normala Saad said...

Dulu2 kawasan rumah kak sering dilanda angin kencang. Ada satu kali kena ribut sampai tercabut bumbung dapur..puting beliung kecil selalu nampak kat sawah padi...

Honey said...

Salam,

Kalau di oversea ini perkara biasa tapi kita luar biasa. Mungkin ini petanda-petanda kecil pada orang yang mungkar.

imm said...

salam kenal..singgah blogwalking kat sini..
hmm seram tengok bentuk puting beliung tu..

TukangKebun said...

Supaya memberi peringatan kepada kita dan fikir kalau ada yang kita lakukan boleh menjadi sesatu yang tidak disukai olehNYA.

Gee Lion said...

ujian ataupun peringatan.. moga keduanya mampu mendekatkan kita pada Dia.. bukan marah.. bukan menunding pada takdir..

LadyBird said...

Salam akak.. mcm xpercaya je kan ade puting beliung d mlsysia.. huhuhu

ummi aqilah (LM) said...

Kerap sangat kan? Macam tak percaya berlaku di pendang. Huhu