Jom kita cuba rawatan semula jadi dengan bahan-bahan yang boleh didapati di kebanyakan dapur kita..nampak mudah dan rasa selamat...
Antara bahan rawatan yang disyorkan,
1. Baking Soda
Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan air mineral untuk membuat pes.Sapu pes pada bahagian kulit yang ada blackheads dan urut perlahan-lahan - biarkan kering selama beberapa minit kemudian bilas dengan air suam.
2. Kulit kayu manis (Cinnamon)
Campurkan 1 sudu teh serbuk kayu manis dan jus lemon dengan secubit serbuk kunyit (pilihan). Gunakan ini sebagai pembersih muka.
sumber gamb: http://dharmakesuma.blogspot.com |
3. Oat
Campurkan 1: 4 sudu teh madu dan jus tomato dalam oatmeal yang mencukupi untuk membuat pes.
Gosok pada kulit - cuci selepas 10 minit - lihat kesannya, jika sesuai boleh diulang ulang..
4. Jus lemon
Membuat scrub muka dengan mencampurkan jus lemon dengan garam, yogurt dan madu. Perlahan-lahan gosok kawasan yang terjejas dengan campuran pengelupasan semula jadi ini.
Anda juga boleh mencampurkan jus lemon segar dengan susu atau air mawar untuk mencipta pembersih muka. Gunakan setiap hari selama 10 hingga 12 hari.
5. Teh Hijau
Campurkan 1 sudu teh daun teh hijau kering dengan sedikit air untuk membuat pes.Perlahan-lahan gosok pes di kawasan yang ada blackheads selama 2-3 minit kemudian dibilas dengan air suam.
6. Madu
Sapukan madu tulen pada muka anda. Biarkan selama lebih kurang 10 minit - bilas muka dengan air suam.
sumber: http://www.top10homeremedies.com
Kena rajin pesanan untuk diri sendiri - Moga ada manafaat bersama
13 comments:
As-salam sud@is..
Wah.. petua yang bagus ni.. nanti2 klu rajin boleh cuba.. TQ ya
Su nak tahu patutlah hari itu kakak nampak anak dara kakak minta izin kakak ambil quaker oat kakak dia kata nak buat mask. Betullah dia pun guna madu. Tapi buatnya sekali aje yg kakak nampak. Tak rajinlah tu:)
Menariklah tips ini Su.
salams sud,
bestnya dapat petua hari nie:):)
saya suka sangat makan kayu manis....bila buat sup, kayu manis, bunga lawang cegkih tu suka geget2 sampai hancur.....hiksssss....
Bhn² asas kt dapur ni mmg sgt berguna..yg pentng tiada bhn kimia..kesan lmbt tp x merosakkan kulit.Kalau ada kerajinan dan istiqamah..licin mulis la hihiii..
Sy termasuk dlm golongan x rajin hihiii
Nice sharing. Tq :)
Nak buat nanti akak rujuk entri ni
blackheads? amende tu?
senang sangat..semua bahan ada di rumah.cuma kena rajin sikit nak dapatkan kulit yg cantik :)
petua yang paling penting ialah kena la rajin
menarik tips ni.. :))
Tips yang menarik..tapi itulah malas nak buat..
tq share tips2 ni boleh diguna pakai ni & TQ ke blog KA even dah lama x menjenguk ke sini yer ..
Tq sahabat. Tak tau pun psl baking soda tu
Post a Comment