Apr 8, 2014

Bolehkah dimakan pucuk ubi kemili?

Menunggu pokok ubi kemili berusia 7-8 bulan baru berhasil rasanya sangat lama...jadi hari -hari dok tengok kebun dan pokok-pokok tanaman lain agak terjejas juga dik terik kepanasan dengan cuaca yang panas dari biasa....tapi pokok yang satu ni tetap tumbuh subur dan segar.

corak daunnya seakan pudina
Pernah 1-2 hari tak bersiram kerana balik kampung, tapi pokok ubi kemili masih bertahan tak nampak kelayuan seperti pokok cili dan bendi...

Memandangkan kesuburan dengan kehijauan pucuk-pucuknya  alangkah baik kalau boleh disayurkan atau sebagai ulaman cicah sambal...

Tertanya-tanya juga bolehkah dimakan..google pun sudah tapi tak ketemu hasilnya...

Ada sesapa rakan pekebun yang tahu kegunaan pucuk ubi kemili?

Boleh kongsi-kongsi resepi disini..


kalau boleh buat sayur...jenuh

pucuk muda kot boleh buat ulam..


macam bunga pun ada...

9 comments:

@na said...

tak pasti la sud@is, ni baru festime tgk pokok ubi kemili....tp tengokan pucuk tu mcm sedap je...

makchaq said...

Lamanya tak makan ubi kemili... masa kecik2 ni salah satu sarapan kami.. benda senang hidup tu la jadi juadah saman susah2 dulu... walaupun tak sedap mana tapi makan jugak sebab itu ja yang ada..

Tapi seingat makchaq pucuknya tak pernah pulak kami makan...
Jangan la dok cuba makan sebelum dapat kepastian..takut kot beracun macam pucuk ubi kentang... naya

Normala Saad said...

Kak kalau jumpa ubi kemili ni - orang Kedah cakap - langkah tak pi. Punya la suka. Rebus, gaul dengan nyior..sedapp!!Biasa tanam satu masa dulu tapi tak sure pula daun dia boleh dimakan atau tidak. yang tau ulat hijau suka buat sarang kat pucuk dia...

Kakzakie Purvit said...

Oh ubi kemili ni kalau tanam di tanah gambut memang menjadi dan membiak. Tapi sedari kakak kecik arwah mak tak pernah pulak gunakan daunnya. Makan isinya adalah... campur dgn kelapa parut letak garam sikit dan gula sedap:)

nadia rashid said...

lama da tak mkn ubi kemili ni...mcm ni rupa pokok nya..merimbun!

BungaTulip said...

macam mana rupa ubi kemili ni sud@is? saya tak pernah jumpa lagi.. Nampak daunnya rimbun menghijau mesti buahnya pun banyak ni.

sud@is said...

@na
Nmpaknya untuk ditengok sajalah @na.....

makchaq
btol tu.. mana tau ...mengundang bahaya plak kann....sama saya juga kerap makan masa kecik2 ...

Normala Saad
sama kita rupanya ubi kemili rebus + nyior. memang sedapp..
Memang dijadikan untuk makan ubi bukan daun la kot noo....

Kakzakie
Nmapaknya semua pendapat dan pengalaman sama.. tak pernah dimakan daun...

nadia rashid
Tu la... kalau la ianya kangkung tentu jenuh buat pecal boleh makan setaman....

BungaTulip
Ubinya ada yang bulat, lonjong warna dark grey, cobala BT google...

Bunda_nora said...

Bunda rasa pernah dengar ubi kemili, tapi tak pasti rupanya atau pernah makan ke tak...nak google nanti..

Anonymous said...

Akak ngn famili mmg suka mkn ubi kemili ni. Di kedah ..musimnya ujg tahun membawa ke bulan Feb ..mmg byk. Blh di msk asam pedas .. gulai lemak ...dan di mkn bersama kelapa. Mmg sedap. Baru ni beli dua kg d pun air hitam, Johor. Musim dia agaknya ..sbb hampir di semua gerai ada. Bila di rebus ..rasa nya lain sikit.Tak gebu mcm yg dr utara. Agaknya sbb di tanam di tanah gambut.